background

Thursday 7 April 2016

#PregySecond: Tips Menanam Uri Baby

Assalamualaikum ... 

Harini kite nak share pasal cara menanam uri . Masa Firhad dulu hasben kite yang basuh makcik die tolong tengok-tengokkan dam die jugak yang tanam . Tanam uri Firhad tu dekat-dekat dengan kawasan rumah mak mertua kite . kat situ ade kawasan cerah sikit so tanam situ sepupu sepapat die semua . Biar dorang baik-baik berkawan . Kate orang tua-tua lah , kalau nak adik beradik baik tanam tempat same . Dan kawasan tu bagi cerah jangan gelap-gelap nanti baby takut ... Tak tahu lah kesahihannye macam mana .

* Uri tak boleh tinggal di hospital , lepas bersalin make sure u'olls dapat uri .
*Uri adelah teman rapat/kembar baby masa dalam kandungan dan uri amat penting untuk baby .
* Uri perlu di tanam segera bagi mengelakkan uri berbau busuk , jangan sampai 2 3 hari orang tua-tua kata tak elok . Kalau ade hal tak dapat di elakkan terpaksa tangguh untuk menanam uri Simpan dalam peti ais beku .
* Jangan terikut-ikut kepercayaan karut marut masyarakat melayu Cthnye letak pensel lah , letak lilin atas tanah yang tanam tu lah , paku lah lada hitam lah dan macam-macam lagi .

Hukum Menanam Uri adelah HARUS

Cara Menguruskan Uri

1 .Mulakan dengan membaca Bismillahirahmannirrahim . 


2. Cuci bersih-bersih hilangkan darah-darah , jangan guna shampoo & sabun .


3. Bilas dengan air bersih , selawat dan doa baik-baik .


4. Cuci dengan garam . Lumurkan garam dan cuci bersih-bersih


5 . Perahkan 4 biji limau ke atas uri hingga naik bau limau , untuk harumkan bau uri ,
Letak garam kasar dan asam keping . Masukkan dalam plastik atau kotak yang mudah reput .


Tujuan letak asam keping dan garam untuk hilangkan bau hayir bagi tidak menarik perhatian binatang yang akan mengali lubang uri nanti .



korek tanah , tak yah dalam sangat cukup-cukup untuk uri dan binatang tak boleh korek balik .


Baca Bismillahirahmannirrahim dan selawat semasa letakkan uri .
Tanam di tempat yang bersih dan selamat.



*dalam gambar ini die tak masukkan uri dalam plastik , die letak dalam kain . kain pon boleh .. 


Credit : Facebook (Hamil Dalam 3 Bulan)


No comments :

Post a Comment

Winnie The Pooh Glitter