Tuesday, 3 May 2016

#BabyFI: Baby Sedu-Sedu Dalam Perut

Assalamualaikum ... 


Baby tersedu-sedu dalam perut ?? Macam pelik tapi sebenarnye betul , sebabnye masa scan aritu kebetulan baby tengah sedu . Doktor tu pon kate comelnye die sedu-sedu . Lepas tu hasben kate "Yunk g minum air cecapat sian baby sedu-sedu" Kah !! Dedua pandang hasben and gelak2 ..

Lately ni makin kerap die sedu , macam mana nak tahu diesedu ?? Perut kite akan rasa berdenyut-denyut banyak kali , tu menandakan baby tengah sedu lah tu . Tapi penah jugak kite try minum air untuk hilangkan sedunye tapi tak jugak berhenti sedunye . Takkan nak letak kertas atau tisu pulakkan dekat perut . Hahaha , Tebiat mende .


FAKTA : Bayi Tersedu Daripada Dalam Rahim Lagi
Sedu boleh berlaku bermula minggu keenam selepas konsepsi, sekalipun pergerakan pernafasan belum muncul ketika itu. Ini boleh dilihat melalui imbasan ultrasound. Teorinya, pengecutan menyediakan otot-otot respiratori bayi belum lahir untuk bernafas selepas dilahirkan.
Pengkaji yang diketuai oleh Christian Straus dari sebuah Hospital di Paris mengesyaki tabiat tersedu membantu mamalia belajar menyusu kerana siri pergerakan semasa menetek mirip tersedu dengan glotis tertutup rapat bagi mengelakkan susu memasuki paru-paru.



Kekadang macam kesiannye dekat die . Tapi tulah kuasa Allah , dalam rahim pon dah start belajar sedu , sendawa, kencing , menendang & macam-macam lagi ...

Lagi beberapa minggu nak melahirkan , nebes sangat . Harap-harap di permudahkan ...

Salam Sayang,

1 comment :

  1. waaa ! same! yuni penah experienced sendiri bnda ni. Sedu tu smpai prot nampak gerak2 dia sedu. Paling sronok time dia sedu, suh hsband pgg prot. your bby is moving and it a sign that your baby is growing in health :)

    ReplyDelete

Winnie The Pooh Glitter