Sunday, 29 May 2016

Penerangan ANESTESIA

Assalamualaikum .... 

Harini kite nak cerite pasal Anestesia , anestesia ni merupakan ubat bius. Ubat bius ini pula untuk yang akan melakukan pembedahan .

Pembiusan Umum:
menjadikan pesakit berada dalam keadaan tidak sedar sebelum pembedahan dilakukan, ini bagi memastikan pesakit tidak menyedari apa yang berlaku dan tidak merasa sakit semasa pembedaha. Pembiusan umum dilakukan dengan memasukan ubat bius ke dalam salur darah atau melalui gas bius yang disedut dari mesin bius, Tiub penafasan akan dimasukkan ke dalam mulut atau hidung pesakit untuk membantunya bernafas dengan mesin.

Pembiusan Setempat:
melibatkan pengunaan ubat bius setempat untuk melalaikan bahagian badan tertentu yang akan dibedah. Pesakit sedar tetapi tidak merasa apa-apa sewaktu pembedahan. Kelegaan sakit tanpa kebas boleh dilanjutkan selepas pembedahan atau kecederaan dengan menggunakan ubat bius setempat yang tidak begitu kuat yang telah di campurkan dengan ubat narkotik.

Pembius memberi kesan terhadap penafasan dan peredaran darah pesakit manakala pembedahan membawa perubahan kepada tubuh pesakit. Doktor Anestesiologi menggunakan kepakaran san peralatan khusus untuk memantau atau mengurus pesakit bagi memastikan keselamatan pesakit semasa pembiusan dan pembedahan. Doktor Anestesiologi sentiasa menekankan tentang keselamatan semasa pembiusan. Kematian atau kecederaan kekal amat jarang berlaku.

RISIKO PEMBIUSAN AM

Risiko Yang Biasa Terjadi:
*kesan lebam di tempat suntikan atau pemasangan tiub aliran darah.
*Loya atau muntah
*Sakit tekak disebabkan gas oembiusan atau tiub penafasan. Pesakit mungkin akan mengalami kesukaran bercakap tetapi ini akan pulih seperti sediakala dalam masa beberapa jam.
*kesakitan otot yang sementara
*sakit kepala, kabur penglihatan buat sementara.

Risiko Yang Mungkin Tetapi Jarang Berlaku:
*Menyedari aktiviti yang Berlaku di dewan bedah ketika di bawah pembiusan umum terutama semasa pembedahan tertentu dan dalam beberapa situasi kecemasan.
*Luka di mata yang menyebabkan kesakitan dan mungkin memerlukan rawatan.
*kecederaan pada gigi,gudi,bibir dan lidah.

Risiko Yang sangat jarang berlaku tetapi mungkin boleh mengakibatkan kerosakan otak atau kematian:
*Saluran penafasan tersumbat dan tidak dapat dikawal menyebabkan pesakit sukar untuk bernafas
*Alahan terhadap ubat yang boleh mengakibatkan kesesakan nafas dan ruam dan kadang-kadang bengkak yang teruk, tekanan darah yang menurun dan peredaran darah menjadi lemah.
*Otot yang sensitif terhadap ubat bius tertentu akan menyebabkan suhu badan, dengupan jantung, tekanan darah, dan kadar pernafasan meningkat secara naik mendadak dan otot menjadi kejang.
*Serangan jantung, angin ahmar dan jangkitan paru-paru walaupon jarang berlaku tetapi risikonya adalah lebih tinggi di kalangan pesakit yang mempunyai penyakit salur darah atau paru-paru dan penghisap rokok.

RISIKO PEMBIUSAN SETEMPAT

Risiko Yang Biasa Terjadi:
*Kelemahan otot di bahagian anggota badan yang dibius. Bagi kes yang melibatkan pembiusan di bawah badan, kesukaran kencing mungkin dialami sewaktu kesan bius masih berjalan. Walaupon ini akan beransur pulih seperti biasa apabila kesan ubat bius habis, tetapi pesakit mungkin memerlukan bantuan tiub saluran kencing buat sementara waktu.
*Sakit kepala yang kebiasaannya akan baik dalam tempoh yang singkat tetapi boleh juga bertambah teruk dan berterusan selama beberapa hari.

Risiko Yang Mungkin Tetapi Jarang Berlaku:
*Kerosakan kepada salur darah dan organ yang berdekatan seperti paru-paru
*sakit belakang mungkin dialami selepas pembiusan "spinal" atau epidural. Kebiasaannya, ia akan baik dengan sendiri tetapi boleh jugak berterusan untuk tempoh agak lama.
*Terdapat juga risiko kecil berlakunya jangkitan kuman atau pendarahan di tempat suntikan yang mungkin memerlukan rawatan antibiotik atau pembedahan.

Risiko Yang Sangat Jarang Berlaku:
*Kerosakan urat saraf, walaupon jarang berlaku boleh mengakibatkan kelemahan anggota badan, sakit, gangguan sensasi atau lumpuh untuk tempoh yang berpanjangan.

***Sumber artikel dari Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu

Salam Sayang,
29May2016,Ahad

1 comment :

Winnie The Pooh Glitter