background

Tuesday 31 May 2016

#PregySecond: Bersalin Normal @ Czer ?

Assalamualaikum ... 

Memandangkan masa bersalinkan Muhammad Firhad Irsyad bersalin czer maka kite ade opoiment jumpa doctor pakar untuk menentukan no 2 ni bersalin secara normal atau czer .

Masuk kandungan hampir 36weeks , kite kena refer O&G Hospital Sultanah Aminah, pada 29 May 2016 (Ahad) tuhari .. 

Lama jugak menunggu . First time masuk situ , rupenye kat situ macam-macam kes ade . Ade uri bawah , ade same kes macam kite . ade yang kes kencing manis , ade kes baby songsang . So kite tunggu samoailah nama di panggil untuk jumpa Doctor pakar .

Masuk bilik untuk jumpa Doctor, Doctor check and di dapati kite tak boleh nak normal kemungkinan kalau nak try jugak kite ade masa 6 jam dalam Labor Room (LR), yelahhh 4cm dekat luar LR, 6cm dalam LR, Doctor suruh panggil suami untuk die jelaskan ape yang akan berlaku jika Czer lagi , tapi mase ni hasben kite kat parking kete sebab Hospital Sultanah Aminah ni parking die full , hasben tengah tunggu parking so kite cakap dengan doctor takpe bagitahu risiko tu dekat kite nanti kite jelaskan dekat hasben kite sendiri . And Doctor pon bukak mukadimah . 

Antara nya boleh menyebabkan tumpah darah,lagipon Doctor akan belah tempat yang sama, jika ade parut lama yang lekat-lekat maka doctor akan kikis dulu , Allah !!!! proses nak keluarkan baby akan jadi lama .. Ya Allah permudahkan urusan ku nanti .. Macam-macam risiko , belum lagi die jelaskan tentang ubat bius . So kite bagi yang sikit-sikit je eh , kalau nak cerita tu panjang lebar ceritanye, kite pon tak nak cerite sebab menakutkan diri kite jek .

Lepas tu Doctor pon bagi tarikh untuk kite serah diri , Alhamdulillah tarikh yang cantik di dalam bulan Islam . Seperti yang sedia maklum Adik Baby akan lahir pada Bulan Ramadhan . Jika tak ada tanda awal maka In Shaa Allah 17 Ramdhan bersamaan dengan 22 June 2016 (Rabu) hari Nuzul Al-Quran Adik Baby akan di keluarkan dalam rahim Ummi . Kite orang kedua akan bersalin czer pada tarikh tersebut , tapi kalau ade emergency jadilah orang yang tertunggu-tunggu , Hahaha .


Berat 36Weeks = 50KG
HB = 10.6GM% (Hb turun)
Berat AdikBaby = 2.4KG

Lepas selesai jumpa Doctor pakar , kite kena amek darah sebab takut jika terjadi ape-ape masa proses pembedahan diorang nak sediakan darah . Lepastuh kite kena jumpa Doctor pakar bius and last kite kena daftar wad ..

Dekat Doctor pakar bius die terangkan kesan ubat-ubat bius , die bagitahu ape yang akan berlaku dan blablabla .... macam kite terangkan dekat sini .. U'olls baca la ehh ... 

Daftar wad pulak proses die sekejap jek , sebab dah ade tarikh maka memang proses senang sangat , 21 June 2016 (Selasa) kena serah diri sebelum 10 Pagi , masa tu kandungan kite 39 weeks .. Kite baru nak datang petang-petang sikit , nanti rindu dengan Muhammad Firhad Irsyad . Dah la lame duk hospital kalau czer . In shaa Allah kalau tak ade ape-ape yang terjadi kite tak stay lama .. 

Kite dah bincang dengan hasben , menitik jugak air mata die mase kite bagitahu kite czer lagi . Nak buat macamana Encik Hasben isterimu ini kecik , tulang punggung die kecik tak boleh nak kembang . Tapi ma kite Alhamdulillah boleh normal , empat-empat anak die , die bersalin normal .. bahagian masing-masing kan .. 

Lepas ni kite kena jarakkan BabyFI2 dengan BabyFI3 pulak yee . In shaa Allah tunggu dua-dua besar baru bagi adik ... Sebab risiko rahim tu yang buatkan kite cuak . maklumlah ko kene lapah 7 lapisan , rahim ko kene belah , ko tak tahu luka dalam macamana . so ko jangan nak degil nak anak cecepat :P . Hasben pon setuju , Plan nak Adik Baby ni memang kami rancang sebab nak jarak Firhad and adik baby tak jauh . Tapi no 3 kena jarak jauh sebab czer hanya 3 kali je boleh beranak ...

Andai sudah tertulis itu takdirku , kite terima dengan hati yang terbuka .. Ya Allah ampuni aku , ampuni dosa ku , dosa suamiku , dosa ibu bapaku , dosa ibu bapa mertua ku dan dosa adik beradikku serta umat-umatMU ... Hapuskanlah dosaku, gugurkan semua kesalahan ku seperti mana ibu bersalin normal .. Aku terima semua ketentuan Allah S.W.T .. Aku redha .. 

Ibu mana yang taknak bersalin normal ? Semua orang impikan untuk merasai nikmat bersalin normal , tapi aku pasrah .. Jangan di tanya hati ibu yang bersalin czer , jangan di tanya kenapa czer lagi , jangan pertikaikan kami yang tak boleh bersalin normal , jaga hati kami . Jaga jiwa kami . Hati memberontak nak rasai nikmat itu tapi kami insan yang tidak bertuah ... 

Doakan kite , doakan baby kite . Ade masa dalam 2minggu lebih untuk jumpa adik baby ^_^

Salam Sayang,
31.May.2016, Selasa

Sunday 29 May 2016

Penerangan ANESTESIA

Assalamualaikum .... 

Harini kite nak cerite pasal Anestesia , anestesia ni merupakan ubat bius. Ubat bius ini pula untuk yang akan melakukan pembedahan .

Pembiusan Umum:
menjadikan pesakit berada dalam keadaan tidak sedar sebelum pembedahan dilakukan, ini bagi memastikan pesakit tidak menyedari apa yang berlaku dan tidak merasa sakit semasa pembedaha. Pembiusan umum dilakukan dengan memasukan ubat bius ke dalam salur darah atau melalui gas bius yang disedut dari mesin bius, Tiub penafasan akan dimasukkan ke dalam mulut atau hidung pesakit untuk membantunya bernafas dengan mesin.

Pembiusan Setempat:
melibatkan pengunaan ubat bius setempat untuk melalaikan bahagian badan tertentu yang akan dibedah. Pesakit sedar tetapi tidak merasa apa-apa sewaktu pembedahan. Kelegaan sakit tanpa kebas boleh dilanjutkan selepas pembedahan atau kecederaan dengan menggunakan ubat bius setempat yang tidak begitu kuat yang telah di campurkan dengan ubat narkotik.

Pembius memberi kesan terhadap penafasan dan peredaran darah pesakit manakala pembedahan membawa perubahan kepada tubuh pesakit. Doktor Anestesiologi menggunakan kepakaran san peralatan khusus untuk memantau atau mengurus pesakit bagi memastikan keselamatan pesakit semasa pembiusan dan pembedahan. Doktor Anestesiologi sentiasa menekankan tentang keselamatan semasa pembiusan. Kematian atau kecederaan kekal amat jarang berlaku.

RISIKO PEMBIUSAN AM

Risiko Yang Biasa Terjadi:
*kesan lebam di tempat suntikan atau pemasangan tiub aliran darah.
*Loya atau muntah
*Sakit tekak disebabkan gas oembiusan atau tiub penafasan. Pesakit mungkin akan mengalami kesukaran bercakap tetapi ini akan pulih seperti sediakala dalam masa beberapa jam.
*kesakitan otot yang sementara
*sakit kepala, kabur penglihatan buat sementara.

Risiko Yang Mungkin Tetapi Jarang Berlaku:
*Menyedari aktiviti yang Berlaku di dewan bedah ketika di bawah pembiusan umum terutama semasa pembedahan tertentu dan dalam beberapa situasi kecemasan.
*Luka di mata yang menyebabkan kesakitan dan mungkin memerlukan rawatan.
*kecederaan pada gigi,gudi,bibir dan lidah.

Risiko Yang sangat jarang berlaku tetapi mungkin boleh mengakibatkan kerosakan otak atau kematian:
*Saluran penafasan tersumbat dan tidak dapat dikawal menyebabkan pesakit sukar untuk bernafas
*Alahan terhadap ubat yang boleh mengakibatkan kesesakan nafas dan ruam dan kadang-kadang bengkak yang teruk, tekanan darah yang menurun dan peredaran darah menjadi lemah.
*Otot yang sensitif terhadap ubat bius tertentu akan menyebabkan suhu badan, dengupan jantung, tekanan darah, dan kadar pernafasan meningkat secara naik mendadak dan otot menjadi kejang.
*Serangan jantung, angin ahmar dan jangkitan paru-paru walaupon jarang berlaku tetapi risikonya adalah lebih tinggi di kalangan pesakit yang mempunyai penyakit salur darah atau paru-paru dan penghisap rokok.

RISIKO PEMBIUSAN SETEMPAT

Risiko Yang Biasa Terjadi:
*Kelemahan otot di bahagian anggota badan yang dibius. Bagi kes yang melibatkan pembiusan di bawah badan, kesukaran kencing mungkin dialami sewaktu kesan bius masih berjalan. Walaupon ini akan beransur pulih seperti biasa apabila kesan ubat bius habis, tetapi pesakit mungkin memerlukan bantuan tiub saluran kencing buat sementara waktu.
*Sakit kepala yang kebiasaannya akan baik dalam tempoh yang singkat tetapi boleh juga bertambah teruk dan berterusan selama beberapa hari.

Risiko Yang Mungkin Tetapi Jarang Berlaku:
*Kerosakan kepada salur darah dan organ yang berdekatan seperti paru-paru
*sakit belakang mungkin dialami selepas pembiusan "spinal" atau epidural. Kebiasaannya, ia akan baik dengan sendiri tetapi boleh jugak berterusan untuk tempoh agak lama.
*Terdapat juga risiko kecil berlakunya jangkitan kuman atau pendarahan di tempat suntikan yang mungkin memerlukan rawatan antibiotik atau pembedahan.

Risiko Yang Sangat Jarang Berlaku:
*Kerosakan urat saraf, walaupon jarang berlaku boleh mengakibatkan kelemahan anggota badan, sakit, gangguan sensasi atau lumpuh untuk tempoh yang berpanjangan.

***Sumber artikel dari Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu

Salam Sayang,
29May2016,Ahad

#PregySecond: Kelengkapan Ummi ke Hospital

Assalamualaikum .. 

28 May 2016

Alhamdulillah baru kesempatan nak kemas barang untuk ke hospital . Dan Alhamdulillah semuanye dah siap tinggal nak beranak je nih ... Cehh padahal ade lagi yang belum beli lagi ni .. 


Kelengkapan ke Hospital :

Barang Mandian_ not yet
Stokin_ 2 helai
Maternity Pad_Done
Baju_2 Helai Baju Feedmilk
Kain Batik_2 Helai
Tudung Sarung_2 Helai
Tuala Mandi_Done
Baju Sejuk_Done
Bra_2 Helai
Panties_pakai buang punya 

Baju Feedmilk 2 Helai

Kite pilih yang senang untuk menyusu . Maklumlah berdasarkan pengalaman kan , lagipon tak yah bawak baju banyak-banyak sebab pakai baju hospital . Baju Feedmilk jenis selak jek ... 

Maternity Pad Jenama Kotex

Kite tak pandai pakai maternity Pad , so kite pakai Pad biasa jek .

Kain Batik

Pon bawak dua helai . kain batik ni pon same macam baju jugak pakai hospital punya so takyah bawak banyak-banyak .

Tudung Sarung

Senang sarung jek tak payah nak belit-belit bagai . Lagipon lepas beranak sape nak tengok sangat .

Bra

Bra pastikan yang jenis senang nak menyusu , so tak menyusahkan nak menyusukan baby ..

Panties

Panties kite pakai yang jenis pakai buang , sebab lepas bersalin kan darah banyak so pakai yang pakai buang je senang . Ni pon nak beli banyak-banyak untuk kegunaan ke rumah plak .

Minyak Angin

Kite bawak losyen mustajab , sebab pregy memang selesa dengan losyen mustajab tu .

Nursing Cover

Perlu . Berdasarkan pengalaman , bile nak susukan anak kat tempat awam memang kena pakai nursing cover lagi-lagi bile tibe waktu melawat . Kang orang pandang buat tak selesa pulak .

Selipar Jamban

Ingat mase melahirkan Firhad lupa pulak bawak selipar Jamban . Dah susah nak bawak g mandi . pastuh mase admited bulan 3 pon tak bawak selipar jamban . Mandi dengan kasut . Hahaha .

Bantal

Buat tinggikan kepala . Selesa sikit untuk ibu lepas bersalin .

*Daku yang menunggu hari*
= 31 Days To gooo
Salam Sayang,

Friday 27 May 2016

OKBABY Sale_Puchong

Assalamualaikum ... 

Kelmarin tengah online Facebook tetibe scroll-scroll tu ternampak plak ramai bebenor share OKBABY sale , and I is pon terpandang gambar-gambarnye banyak pulak jenama Classic Pooh tu . ape lagi I is terus cari kawan yang mau pergi . Alhamdulillah jumpa kawan yang mahu sukarela jadi Personal Shopper untuk I is ..

Antara barang yang kite kirim dengan kawan .
*Pic sumber dari orang yang share pasal sale Okbaby*


Beg Baby


Prewalker Baby


Warmer Beg


Baju Abam Ayyad


Blanket Baby


Baju Baby


Baju kemeja Abam Ayyad


Baju Abam Ayyad


Total Baju yang kawan kite belikan .

RM 210 termasuk postage


Baju Adik Baby .

4 set Baju Baby + Single (Free kawan kite belanja)
2 Helai Kemeja + 3 Helai T-shirt (Abam Ayyad)
1 Prewalker
1 Warmer Beg
1 Blanket
1 Bag Baby 

Thanks to kawan kite yang baik-baik hati sangat tu , tak mahu amek upah tak mahu amek duit minyak . siap kurangkan lagi harga .. Thanks a lot . bagi baby hadiah baju singlet plak tu .. Semoga murah rezeki akak , abang dan anak-anak .


Salam Sayang,

Thursday 26 May 2016

#PregySecond: Kegilaan Terhadap Air Batu

Assalamualaikum ... 


Entahlah tak tahu kenapa , pregy no 2 ni pelik betul . Kite minat sangat-sangat gigit Air Batu ni , memang orang kate tak elok tapi tahap keinginan tu aduhaiii ... tak boleh nak di gambarkan . sesiapa yang alami je kot tahu macam mana perasaan .

Nampak jek air batu tu macam perasaan membuak-buak nak gigit . Bile dapat pehhhh nikmat die tak terkata , puas sangat-sangat . 

Gigit air batu tu macam gigit keropok yang tengah ragup . Bile beli air , mesti suruh hasben habeskan air cecepat sebab nak air batu tak nak die cair , lepastuh hasben tengok dan jeling jek . kekadang berebut dengan Abang Firhad sebab die pon join gigit air batu sekali .

Macam-macam kite dengar orang kate tak elok makan air batu masa mengandung , ade yang kata :

* Baby besar
* Tak ada tenaga nak bersalin 
* cepat koyak dekat bahagian keluarkan baby .
* kulit kepala/kulit baby akan kering

Nak buat macam mana memang tabiat ibu mengandung memang macam tu  sebab kite tengok ramai ibu-ibu mengandung cakap benda yang sama . Mesti tabiat nak gigit air batu tu ade .. Dan bile kite google pon ramai blogger-blogger share pengalaman dorang JADI HANTU AIS BATU .


Salam Sayang ,

Monday 23 May 2016

#PregySecond: Check-Up 34Weeks

Assalamualaikum ...

23 May 2016


No ni masa jumpa Doktor untuk scan baby tuhari . Saje jek update gambar balik ..
Sebenarnye nak bagitahu no tuu ... tengoklah .. no kite 0069 , no yang di panggil untuk jumpa doctor baru 0026 !! Lama gilee kot ...

Check-Up untuk 34Weeks , Alhamdulillah Hb kembali normal . Nurse KK kate memang normal bile kandungan dah besar Hb kite terumbang ambing .

Berat kite dah cecah 49.4KG , Hb kite 11.1GM% .

Masa Firhad dulu 34weeks berat 49.5KG tak banyak beza , adik baby pon di anggarkan dalam 1.7KG dah sekarang .

Sekarang pon dah start sakit-sakit mencucuk-cucuk ke pinggang , lepas tu tidur malam pon dah tak lena , bile lena je Abang Firhad pulak mengamuk @ ngigau . Abang Firhad pon banyak ngigau dah sekarang . Kekadang melalak macam orang ape . Penat tu memang dah penat sangat-sangat dah tak larat nak ke bank @ mintak director sign .

Makin nak dekat due , makin rajin mengemas mungkin sebab nak sambut orang baru . Tak sabar sangat-sangat nak tunggu Cahaya Mata kedua . Yang sangat suprise sebabnye memang tak tengok langsung muka die . Scan biasa tu mana lah nampak muka kan ... Harap baby cukup sifat & sihat-sihat selalu .

Start sekarang hasben dah kerapkan kite minum air kelapa , minyak kelapa dara tokleh skip, minyak angin sentiasa sapu dekat kaki , tidur malam berstokin . Maklumlah sepanjang pregy ni 3 kali kena simpul biawak .

Ade lagi 6 Minggu nak jumpa AdikBaby ...

Doakan kite yeee :)
Salam Sayang,

Sunday 22 May 2016

#BabyFI : Beg BabyFI2 ke Hospital

Assalamualaikum ... 

Alahmdulillah dah masuk 35Weeks baru siap-siapkan beg ke hospital . Bukan tak excited tapi tak ade masa . Maklumlah masa mengandungkan Firhad dulu berdua jek dengan hasben semuanye prepare awal , sekarang mengandung No 2 , yang sulung dah mengacau .. Hahaha (alasan) ..

Barang Baby Semasa Check In Hospital


*Maaf Gambar Hitam Putih*

Selimut_1 Helai 
Tuala Mandi_Tak bawak (sebab baby tak mandi dekat Hospital)
Kain Lampin/Sapu Tangan_2 Helai
Baju Lengan Panjang_1 Helai
Baju Siang_2 Helai
Mitten & Booties_3 Set
Topi_3 Helai
Blanket_1 Helai
Bedung_1 Helai
Barut_3 Helai
Alatan Mandi_ Tak bawak (sebab baby tak mandi dekat Hospital)
Minyak Telon_1
Tisu Basah_1 pek kecik
Pampers 1 pek kecik NB_Belum Lagi
Extra

Bantal Baby
Minyak Baby Oil (untuk bersihkan darah-darah yang melekat ke baby)


Barang Lepas Bersalin


Baju & Seluar
Mitten & Booties
Pampers
Selimut Baby
Barut 

*Gambar pampers jek tak ade lagi sebab belum beli yang kecik punya untuk bawak ke Hospital*


Friday 20 May 2016

#PregySecond: Acah-Acah Braxton Hick @ False Alarm Contraction


Assalamualaikum ... 

Dalam banyak-banyak bulan , bulan ni kite paling Bizi dan boleh di katekan super duper bizi . Dengan stressnye dengan ape nye memang tak tahu la nak gambarkan macam mana .

Dan bile kite perhatikan , bile stress jek baby akan mengeras lain macam , smpailah kite tak selesa and terpaksa baring atau buat ape yang boleh tukarkan posisi sampailah baby okey balik semula . Dan dalam banyak bulan , bulan May ni jugak banyak buat kite menangis . Menangis sebab stress dengan manusia yang susah nak paham kerja orang . Manusia yang pentingkan diri sendiri . Ia kite tahu bile melibatkan Duit semua orang akan meroyan . Tapi kite bukan suke-suke nak buat kerja tongang terbalik .

Bulan ni kat tempat kite tukar sistem baru , so memang kucar kacir habes gaji-gaji staff . Tapiii bukan kite yang mintak smue ni jadi . Staff pulak jenis berangin semuanye . Macam rasa nak berhenti 24 jam tahu tak . Bulan ni jugak kite tak ade rehat . lepas buat gaji , lepastu buat contribution untuk bulan-bulan , lepas tuh buat gaji yang separuh lagi tak masuk , lepastuh closing sedar tak sedar sambung buat gaji balik !!!!

Dan sejak-sejak itu jugak kite start rasa False Alarm , sakit sangat-sangat . perut mengeras semacam tangkap ke pinggang . Kekadang sampai keluar air mata sebab tak tahan sangat sakitnye . Hahaha . Macam tak pernah beranak . Cuma masa Firhad dulu kalau sakit je terus ke Hospital , sekarang dah tahu dah sakit contraction sebenar tu macamana . So kalau adik baby mengeras kite akan tukar posisi , kalau okey bermakna memang false alarm lah tu , lagi satu jenis tak tetap . kekadang die datang lepas tuh 1 jam pastuh 30 minit lepas tu stop lame and datang balik . So memang false alarm . Ni pon salah satu tanda-tanda baby dah sedia nak keluar .

Melainkan kalau betul-betul contraction , sakit die tetap setengah jam , pastuh terus ke 5 minit . lepastuh ade lah keluar lendir + darah , ade yang pecah ketuban tu namanye memang dah nak beranak .

Bulan depan kite dah nak meletop , tapi sistem gaji masih mengkrong , tapi kite berharap sangat dapat cuti awal , sebab kite nak rehat . kite stress sangat-sangat . tak pon Adikbaby pliss keluar awal , Ummi Ayah & Abang Firhad tak sabar dah nak jumpa Adik ... Bagi Ummi tenang dalam tempoh berpantang ... 

Harap doa kalian , semoga kite di permudahkan segala urusan . Jika kerja mengenai Gaji orang memang akan jadi macam ni :(

Salam Sayang,

Pampers Touch Free Dari Drypers

Assalamualaikum ... 

Tetibe ade parcel sampai dekat Office , tetibe sangat !!! Hahaha . Sebenarnye kite daftar dekat Drypers ni haa . Lepas tu tak lama tu dapat lah sample percuma dari Drypers .. 



Kite pilih yang ni , ni kan yang baru so saje nak guna untuk Abang Firhad . Dapat 4pcs pampers free .. U'olls bolehlah daftar dekat Drypers tu , boleh tebus mata ganjaran dapat mainan untuk si kecik anda :) ... korang boleh je google cara-cara nak tebus atau nak dapatkan pampers free . Ramai blogger-blogger ade ajar cara-caranye .. ^_^

Salam Sayang,

Annual Dinner 2015 : The Night of Glittering Stars

Assalamualaikum .... 

Cerita ni dah basi sebasi-basinye . Hahaha . Cerita tahun lepas tapi baru nak update dekat blog . so jalan cerita pon dah tak ade and u'olls tengok gambar jelah yeee ... 

Annual Dinner 2015 kite join as a committee kesnye sebab gantikan orang . Akak yang kene jadi committee tu tak nak so kite dengan suka rela terima jawatan tu . Kite dapat Committee Goodies Bag ..

sesiapa datang Annual Dinner akan dapat mug and bag , itulah Goodies bag nye ^_^


Ni sebahagian Committee kami .


Minah Dulang 






Make-Up : Sendirian Berhad
Baju : Minaz
Shawl : Zawara
Aksesori : Bazar Karat

Itu aje nak tepek sebabnye gambar pon banyak tak ade . And story yang selebihnye pon dah tak hingat :) . Tepek sini pon nak buat kenang-kenangan di masa hadapan . Thema Annual Dinner ni pon kite dah lupa . Hahaha . Time ni pon Department Performance Account Finance dapat no 2 . ^_^ 

Salam Sayang,

Thursday 19 May 2016

#BabyStuff :Misi Mencari Car Seat BabyFI Selesai Sudah

Assalamualaikum .... 

18 Mei 2016 
Tadi berjalan-jalan dengan Hasben , niatnye nak beli barang baby lagi separuh . Sebab tinggal beberapa jek barang yang belum lengkap iaitu Pampers Baby lagi 1 pek , Minyak telon , Nappy Cream ,Themometer Pigeon pastu nak tambah Insulated Bottle (beg susu tahan panas) & Car seat AdikBaby .

So misi mencari di Aeon Tebrau JB. Tengah jalan-jalan terpandang pulak car seat yang kite tengok kat Lazada tu tengah sale . Harga die RM99.90 . So ape lagi hasben tengok kite kite tengok hasben and terus sambar lah . Ngeh ngeh ngeh .. Kite beli yang murah-murah jek dulu sebab takut AdikBaby takmo duk dalam Car Seat .



Ade dua colour ni tapi kite pilih yang merah sebab same dengan stroller Abang Firhad yang akan di warisi si AdikBaby nanti .. Dekat Lazada RM 91.16 , beza bape ringgit jek . Nak tunggu sampai and nak angkut lagi serupa jek kan , Ni ade depan mate terus angkut jek senang .. Gambar mase beli tak ambil so amek gambar resit je aci tak ? Hahaha .


Settle part Car seat adikbaby , harap adikbaby nak duduk dalam car seat ye , nanti ade rezeki lebih Ummi Ayah beli untuk abang Firhad, maklumlah tengok gaya c Abang tu macam tak mahu masuk Car seat . Dah abang-abang sangat perangainye tu .... Dalam kereta nak duduk sendiri pastuh nak berdiri jek kat depan tu , Ummi terpaksa duduk belakang dah , prepare untuk ade adikbaby . hahahaha :P

So kalau ade sesiapa yang nak cari Car Seat bajet boleh dah tu beli macam kite , kite tanya kawan kite pon semua kate okey Car Seat tu . Ringan and dalam masa yang sama boleh buat Rocker . Alhamdulillah .. tinggal nak kemas barang-barang ke Hospital pulak ni ^_^


Salam Sayang,

Monday 16 May 2016

#PregySecond: Tungku & Set Berpantang

Assalamualaikum ... 

Alhamdulillah akhirnye tungku yang di idam-idamkan sudah pon beli . In shaa Allah lepas ni bertungku betul-betul , tak kisah lah operate ke atau normal janji kena tungku .


Masa tu ade expo baby dekat SACC , so kite kirim kawan kite belikan tungku ni , naseb die jumpa tempat tungku yang kite nak ni , so die belikan tungku ni dekat kite .


Ni gambar dari kawan kite . Kite beli harga RM60 sahaja , so tak yang nak herba-herba bagai . Tunggu kawan kite datang Jb baru die bagidekat kite sebabnye nak pos tungku tu berat katenye .. Minggu depan die datang JB so boleh lah jumpa kawan kite tu .. Selesai part TUNGKU !!!! 

Set Berpantang pulak kite dah survey-survey so kite tak beli one set Air mancur tu , kite beli param dan pilis air mancur sebab tengok dekat Aeon Permas ade jual asing-asing , so beli param pilis air mancur and Jamu Jalinan Cinta by Jamu Susuk Dara dengan Magic Soap Jamu Susuk Dara .



Set jamu pon kite tunggu kawan kite datang JB pas kan dekat kite . Hihihi . Jimat Postage . :P 
Yang lain dah settle awal-awal . Tinggal Dua barang ni nak sampai ke JB . Harap semua di permudahkan ... Tak sabar nak bau param pilis dekat badan .. Hihihi .. Tak sabar nak bau syurga ^_^

Salam Sayang ,

Jadual Baby Expo : Save The Date


Yeahhh 03 June - 5 June 2016 Baby Expo dekat Danga City Mall , harap-harap sempat Ummi terjah beli barang Abang Ayyad . Sian Abang Ayyad baju raya tak beli lagi . Barang Adik dak complete , cuma tinggal barang-barang breastpump yang kena renew .. And barang Adik Baby tinggal Pampers jek , so boleh beli time expo nanti ^_^

Lepas tu 26 August - 28 August pon ade sekali lagi dekat Danga City Mall , masa ni pon kite dah abes pantang :P

And Last sekali dekat sebelah tempat kerja kite iaitu PERSADA  pada 25 November - 27 November 2016 , tapi dua bulan punya ni belum gaji lagi rasanyee .. So kena simpan duit yeee kalau nak emmborong ... ^_^



Sunday 15 May 2016

#Wedding: Boy & Faazura (sambut menantu)

Assalamualaikum ... 

Pada 07 Mei 2016 Hari tuh kazen hasben kite kawen , kazen die ni hasben paling rapat . Malam 06 Mei 2016 (Jumaat) Boy selamat di nikahkan dengan Faazura dengan sekali lafaz sahaja . Kite tak dapat datang majlis nikah sebabnye kite ade majlis annual dinner . so wakilkan Hasben dengan anak kite jek pergi majlis nikah dorang . 


Boy & Wawa 

Mula-mula kite ingat wawa atas kite , rupenye bawah kite jek c wawa ni , comel sangat . Hihihi .

Esoknye Sabtu 07 Mei 2016 , barulah kite datang majlis belah perempuan . Cuma tak dapat nak bergambar dengan pengantin sebabnye kebetulan masa tu nak hujan so kiteorang nak balik cepat . 


Gambar di ambil di FB wawa .

So majlis sambut menantu diadakan pada 14 Mei 2016 (Sabtu) memang dari Malam Jumaat tu kami stay back and tidur rumah Busu untuk tolong ape yang patut . Majlis sambut menantu memang meriah sangat-sangat maklumlah anak first and first menantu kan . So memang meriah sangat-sangat . Okey jom layan gambar sikit .


Main Kompang sebelum pengantin berarak .


Budak syok tengok kompang


Kambing Golek 3 ekor untuk tetamu 





Mak Yong bagi berkat sikit .



Geng-geng depa



Cabutan bertuah .


Ma , Ayyad , Zetty & Mak Yong

Baju dari Minaz , selesa sangat pakai baju minaz ni .

Cabutan bertuah tu emmang syok habes , memasing tunggu hadiah besar-besar . Ade periuk7 pcs , ade cerek electric , and mesin basuh yang lain-lain Tupperware & hamper . no hasben kite bertuah die dapat hamper .Mesin basuh tu pulak dapat dekat Tuan rumah yang mesin basuh tu parking . Hahaha . rezeki tuan rumah tu ... 

Alhamdulillah selesai sudah majlis Boy & Wawa . SO next ?????? Sepupu mane pulak nak kawen ? Kite tunggu yeeee ... :)  Taniah buat Boy dan pasangan Faazura , semoga mahligai yang di bina berkekalan hingga ke Syurga Allah . Semoga cepat-cepat dapat baby , dan jangan gaduh-gaduh yeee ^_^ .

Salam Sayang 
Winnie The Pooh Glitter