Thursday, 26 May 2016

#PregySecond: Kegilaan Terhadap Air Batu

Assalamualaikum ... 


Entahlah tak tahu kenapa , pregy no 2 ni pelik betul . Kite minat sangat-sangat gigit Air Batu ni , memang orang kate tak elok tapi tahap keinginan tu aduhaiii ... tak boleh nak di gambarkan . sesiapa yang alami je kot tahu macam mana perasaan .

Nampak jek air batu tu macam perasaan membuak-buak nak gigit . Bile dapat pehhhh nikmat die tak terkata , puas sangat-sangat . 

Gigit air batu tu macam gigit keropok yang tengah ragup . Bile beli air , mesti suruh hasben habeskan air cecepat sebab nak air batu tak nak die cair , lepastuh hasben tengok dan jeling jek . kekadang berebut dengan Abang Firhad sebab die pon join gigit air batu sekali .

Macam-macam kite dengar orang kate tak elok makan air batu masa mengandung , ade yang kata :

* Baby besar
* Tak ada tenaga nak bersalin 
* cepat koyak dekat bahagian keluarkan baby .
* kulit kepala/kulit baby akan kering

Nak buat macam mana memang tabiat ibu mengandung memang macam tu  sebab kite tengok ramai ibu-ibu mengandung cakap benda yang sama . Mesti tabiat nak gigit air batu tu ade .. Dan bile kite google pon ramai blogger-blogger share pengalaman dorang JADI HANTU AIS BATU .


Salam Sayang ,

1 comment :

  1. Mek pny akak ipar pn suka mkn ais nii. Tp okei je. Tak de la mitos2 tu. Jgn isau 😊 yg penting smua slmt.

    ReplyDelete

Winnie The Pooh Glitter