background

Monday 13 January 2020

#PregyThird : Kesan GDM pada Ibu mengandung

Assalamualaikum ...




Diabetis yang bermula apabila anda disahkan mengandung di kenali sebagai Gestational Diabetes Melitus (GDM). Ianya terjadi apabila terdapat kerintangan insulin-iaitu sejenis hormon yang dihasilkan oleh badan manusia untuk mengawal atur kawalan paras gula di dalam darah meningkat . GDM ini terjadi pada pertengahan ataupon lewat usia kandungan . Dan kerap berlaku ketika hamil .

Kesan / Risiko GDM Kepada Ibu Mengandung

1. Hiperglisemia
- Kandungan gula yang tinggi dalam darah boleh menyebabkan hiperglisemia. Keadaan ini boleh menyebabkan komplikasi kepada organdalaman si ibu.

2. Hipoglisemia
- Keadaan dimana kurang gula dalam darah hingga menyebabkan badan tidak bertenaga langsung dan menyebabkan ibu hamil tidak sedarkan diri 

3. Keputihan
- Menghadapi masalah keputihan dan risiko terkena jangkitan kuman di faraj.

4. Risiko Keguguran
- Bagi ibu yang menghadapi GDM. pemantauan rapi sangat diperlukan kerana risiko keguguran adalah tibggi berbandung ibu-ibu yang tiada GDM

5. Polihydraminos
- Polihydraminos adalah masalah aur ketuban yang berlebihan

6. Preeklampsia
- Preeklampsia atau hypertensi yang teruk semasa kehamilan juga adalah antara kesan buruk kepada ibu yang menghadapi GDM.

7. Retinopati
- Retinopati ialah masalah kerosakan pada saraf mata . Masalah boleh menyebabkan ibu hamil rabun ,atau buta jika tidak dirawat segera.

8. Kegagalan buah pinggang
- Antara komplikasi uatama bagi pesakit diabetes ialah kerosakan buah pinggang bagi ibu yang menghidapi GDM juga berhadapan dengan risiko yang sama .

9. Kelahiran melalui pembedahan
- harapan utk bersalin secara normal adalah sangat tipis untuk penghidap GDM , kandungan berisiko dan kelahiranhanya melalui pembedahan .

Kesan / Risiko GDM kepada Baby

1. Makrosomia
- Ialah kelahiran baby dengan berat yang berlebihan . Klehiran melalui pembedahan juga terpaksa dilakukan disebabkan Makrosomia.

2. Intra Iterine Death
- Kematian dalam kandungan.

3. Hipoglisemia
- Baby mengalami hipoglisemia atau kekurangan gula dalam darah .

4. Lemas semasa kelahiran
- Lemas semasa ingin dilahirkan hingga kadang kala menyebabkan kecederaan otak . Ini berlaku apabila oksigen tidak dapat sibekalkan ke otak baby .

5. Dystocia
- Keadaan dimana kecederaan pada saraf dibahagian bahu baby /

6. Baby Jaundis
- Baby akan mudah terdedah kepada jaundis berpanjangan, ketidakseimbangan elektrolit di dalam darah seperti paras serum kalsium san masnesium yang rendah .

Tanda Atau Simptom Kencing Manis semasa Hamil

1. Terasa cepat penat dan letih
     - Sejak masuk kandungan 8 bulan ke atas memang rasa penat , letih & tak bermaya .

2. Sering membuang air kecil secara sedikit-sedikit
     - Ade lah jugak .

3. Luka dan lebam di badan yang lambat sembuh
     - Setakat ni tak ada luka & lebam di badan

4. Dahaga yang terlampau .
     - Ini memang , nak minum air jek .

5. Rasa keinginan yang tinggi untuk memakan makanan manis
     - Kadang-kadang datang rasa nak makan manis-manis jek .

6. Penglihatan kabur
     - Ini selalu .

Love ,

No comments :

Post a Comment

Winnie The Pooh Glitter