Assalamualaikum u'olls ....
Ni nak ikut petue zaman dulu-dulu la kan .... tengok perut jek da tahu jantina baby kat dalam tuh ape , baby girl atau boy .. tapi ade jugak yang salah kan tafsir .. hihihi .. jom kite check Baby dalam perut ummi ni laki ke pompuan walaupon ummi da tahu jantina baby mase kandungan cecah 17 minggu .
- Melihat kepada perut si ibu. Kalau perut ibu kelihatan tajam iaitu meruncing ke depan, maka anak dalam kandungan tu lelaki. Kalau perut ibu bulat bundar / melebar ke tepi, itu kemungkinan anak perempuan. - perut kite meruncing ke depan
- Melihat arah tidur si ibu. Kalau si ibu suka tidur mengirin ke kanan, maka kemungkinan anak yang dikandung adalah lelaki. Sebaliknya, kalau suka mengiring ke kiri...mungkin anak perempuan - suke tidur mengiring ke kiri
- Merasa arah berat perut . Kalau si ibu merasa bahawa anak dalam kandungan suka duduk kat sebelah kanan...mungkin anak lelaki . Sebaliknya kalau baby tu suka dok sebelah kiri, mungkin perempuan. - Baby suke duduk belah kiri
- Melihat perangai si ibu. Kalau si ibu semasa mengandung suka bersolek , bergaya , kemungkinan anak dalam kandungan tu perempuan. Sebaliknya kalau malas nak bersolek, bergaya anak lelaki la tu - suke sangat bersolek , x lengkap hidup kalau x bersolek
- Melihat garisan pada perut ibu. Kalau garisan tegak dari bawah ke atas tu terang dan x putus2 maka anak dalam kandungan tu kemungkinan lelaki tapi kalau terputus kemungkinan perempuan . - Garisan kat perut sangat terang n x putus-putus
- Melihat pada wajah si ibu. Kalau wajah ibu berseri2 orang kata anak lelaki tetapi sebaliknya kalau muka tak berseri orang kata anak perempuan. Sebab anak perempuan tu telah menarik seri wajah ibu dia... Sebab tu muka ibunya x berseri . - ramai yang tegur muke berseri-seri mase pregy ni
- Melihat kepada buku lali si ibu. Kelau kelihatan licin dan putih berseri, kemungkinan anak lelaki. Jika kelihatan kehijauan mungkin anak perempuan. - bersih dan licin jek ni
- Melihat kepada response baby lelaki atau perempuan terhadap ibu yang mengandung. Katanya, kalau baby perempuan tu suka kat ibu mengandung ni...anak dalam kandungan kemungkinan lelaki. Tapi, the other way round kalau baby perempuan tu x suka kemungkinan ianya sama jantina dengan dia...perempuan... Begitulah sebaliknya . - alamak macamana ni due-due jantina suke dekat kite ..
papepon semua ni putue zaman dolu-dolu , ade yang boleh ikut kite ikot ade yang x leh di percayai x payah percayai sangat kan . hihi . n ni ade lagi satu untuk tahu jantina , kite amek dekat Pa&Ma . ^_^
Baby Lelaki
*tidak mengalami morning sickness yang etruk semase awal kehamilan
*degupan jantung baby tidak melebihi 140 kali dalam 1 minit
*rasakan beban berat di bahagian depan tubuh
*perut kelihatan bulat sempurna
*bahagian areola akan menjadi lebih gelap
*perut condong ke bawah*suke makan daging dan keju
*tapak kaki selalu sejuk
*tapak tangan selalu kekeringan
*suka mengadap wajah ke utara semasa tidur
*bukan sahaja anda , suami juga berat badan bertambah
*kelihatan berseri semasa hamil
*hidung nampak lebih mekar
*selalu sakit kepala
Baby Perempuan
*mengalami morning sickness di awal kehamilan
*merasa beban berat pada pinggul dan punggung
*payudara kiri lebih besar dari kanan
*perut nampak lonjong
*mengidam makanan manis-manis
*sukakan buah-buahan
*suka minum air jus masam-masam
*lebih cerewet masa mengandung
*kulit wajah bermasalah semasa mengandung
*tidak suka makan roti bersama kulitnya
*payudara lebih mengembang
*suka mengadap ke arah selatan semasa tidur
walaupon ummi rase pergi scan jek senang tapi ade yang betul jugak .. hihi . kat opis kite pon mcam-macam ahli nujum dah datang dok menujum anak ummi semuanye kate Boy , xde yang kate gurl . tak pe lah sayang apepon jantina kamu ummi n ayah terime seikhlas hati , janji anak ummi n ayah ni sehat lahir cukup sifat dan sempurna dari kepale sampai ke kaki ye sayang ... ummi n ayh x sabar nak tunggu awal keluar ^_^
XOXO,
Pipie Azaty
No comments :
Post a Comment