Assalamualaikum...
*kredit for Pakcik Google*
1) Apabila seorang perempuan sedang mengandung dalam rahimnya, maka
beristighfarlah para malaikat untuknya. Alla SWT mencatatkan baginya
setiap hari dengan 1000 kebaikan dan menghapuskan 1000 kejahatan.
2) Apabila seorang perempuan mulai sakit hendak bersalin atau
melahirkan, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang berjihad di
jalan Allah SWT.
3) Apabila seorang perempuan melahirkan anak, hilanglah dosa-dosanya seperti keadaan ia baru dilahirkan.
4) Apabila telah lahir anaknya lalu disusuinya, maka bagi ibu itu setiap tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
5) Apabila semalaman si ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang
sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang
hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.
6) Rakaat solat wanita yang sedang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
7) Wanita yang memberi air susu (ASI) kepada anaknya dari dirinya
sendiri akan mendapat 1 pahala pada setiap titisan air susu yang
diberikannya.
8) Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya
yang sakit akan diampunkan oleh Allah SWT seluruh dosanya dan bila ia
menghiburkan hati anaknya Allah SWT memberi 12 tahun pahala beribadah.
9) Wanita yang hamil akan dapat pahala terus berpuasa di siang hari.
10) Wanita yang hamil akan dapat pahala terus berpuasa di malam hari.
11) Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa,
serta setiap kesakitan pada uratnya Allah SWT mengkurniakan 1 pahala
haji.
12) Sekiranya wanita mati di masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid.
13) Setiap wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2,5 tahun), maka
malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita baik bahawa syurga
wajib baginya.
14) Jika wanita memberi susu dirinya pada anaknya yang menangis, Allah SWT akan memberi pahala 1 tahun solat dan berpuasa.
Ya Allah betapa mulianya wanita mengandung di sisimu Ya Allah .... so kepade Mom to Be yang lain jangan lah merungut bile mengandung sesungguhnye Allah banyak memberi pahala kepadamu ... besar sungguh ganjaran ibu-ibu hamil ni ....
XOXO,
Pipie Azaty
No comments :
Post a Comment